Friday, January 16, 2015

Environment and Rules : Yang Paling Penting, Pasar Malam !

Environmet and Rules !

Mengapakah PASAR MALAM?


ENVIRONMENT

UIAM mengamalkan Biah Solehah Community ( BSC ). Alhamdulillah lah kann. Sejuk mak apak dengar pasal BSC ni.

Well, apakah yang dimaksudkan dengan BSC ni?

Maksudnya, agenda Islam atau Islamisme lebih didahulukan dan diketengahkan. Korang takkan tengok perempuan berjogging tak pakai tudung kat sini. Athletics attire pon masih terkawal. Not so much sexy. Terkawal. Couple2 pun .. alhamdulillah lah kann. Sejuk mak apak dengar. Tapi...itu pada pandangan luar. Kerana gejala berpeluk-peluk, berdua-duaan di UIA sangat dipantau. Terutamanya di UIA, Petaling Jaya. Pak Guard kat sini bukan sekadar Pak Guard, okey? Pak Guard yang bukan sekadar duduk dalam pondok, jaga trafik kereta kat area2 UIA tapi Fahsya a'nil Mungkar

Tapi satu lah aku cakap, aku bukan nak buruk-burukkan UIA ya. Bila kita sebut tentang UIA, jangan ingat semua benda terpelihara. Pelajar-pelajar di UIA ni terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada yang dari sekolah agama, sekolah kebangsaan dan sebagainya. Jadi, mesti ada pelbagai kerenah. Itu, ini, itu, ini ..

Aku respect lah jugak dengan Pak/Mak Guard kat sini sebab berani dan lantang menegur pelajar-pelajar yang bertindak di luar batasan yang ditetapkan oleh peraturan Allah. Hari tu pun aku nampak Pak Guard ni tegur dua pelajar ( lelaki dan perempuan ) sebab diorang dikuatiri berdua-duaan. Rupa-rupanya diorang tengah tunggu member diorang yang satu lagi untuk buat group discussion.

RULES

Aku rasa part rules lah yang orang paling muak. Sangat ketat. Tu kata kawan-kawan akulah. Aku pun angguk-angguk je.

Satunya,..sebab..

Nak balik rumah  macam sistem kat asrama. Kena ambil kad outing, pastu ambil tandatangan warden/fellow pastu kena tunjuk kat pak Guard, pastu barulah kau boleh lepas. Leceh sikit lah kann.

Tapi aku, selalu buat selamba je sebab aku selalu balik hari Jumaat. Bermula dari Jumaat hingga Ahad, pak Guard macam tak heran sangat dengan pergerakan keluar masuk pelajar sebab ramai pelajar akan keluar untuk balik rumah atau keluar gi Shopping Mall, makan-makan kat luar. Jadi, masa hari Jumaat tu, aku memang tak tandatangan pun. Keluar macam tu je.

Tapi,..

kalau balik rumah masa hari-hari Weekdays, ready your oting card okey! Sebab masa weekdays, tak ramai yang balik. Jadi senang kerja Pak Guard nak pantau. 

Tunjuk kad oting, kau lepas.

Tak tunjuk kad oting, kau dapat saman Rm50.

Mana satu kau nak ?

Kalau 'terlepas' tuh, memang untung kau terlepas kann? ;)

PASAR MALAM

Kat UIA ni, tak payah nak tanya 

"Brader/Sister,..pasar malam kat mana?"

Tunggu je hari SELASA. Keluar pagar UIA sikit, pandang kanan, nampak ! Pastu tersenyum. Terfikir nanti nak beli makanan apa. Cendol ada, nasi tomato ayam percik ada, popcorn ada, ayam uncle bob ada, baju ada..tapi dengan syarat, bawak duit lahh.

Bila nak pergi pasar malam tu, masih ada rules weih. Apo dio? Poie paso pon banyak kerenah.

Lelaki kena pakai KASUT, bukan SELIPAR.

Perempuan pulak kena pakai STOKIN. ( TAK BOLEH pakai selipar jugak )

Well, perihal lelaki aku tak kisahlah. Tapi bagi pihak perempuan, aku rasa logiklah kenapa kena pakai stokin sebab kaki merupakan aurat wanita mengikut Mazhab Imam Syafi'e. Pakai stokin not merely a simple rules. But an instruction from Allah. Nak pakai kasut But pun boleh tapi takkanlah nak pakai kasut But ke pasar. Kalau ke kelas, kita boleh pakai stokin kerana formal attire( University Rules ) so why not ke tempat-tempat awam kita tak boleh pakai ? Apatah lagi buat mereka yang merupakan produk keluaran sekolah agama, yang mengetahui hukum tentang mendedahkan aurat ? 

Wallahua'lam. :)





Thursday, January 15, 2015

Welcome to Mahallah !

What? Mahallah ?

Apa tu Mahallah ?

Actually Mahallah tu sama je dengan Kolej atau Asrama. Goreng-goreng sikit bahasa tu. Nama pun Universiti Islam, nama asrama mestilah kena unik sikit. Di UIAM ni, nama-nama Mahallah/Kolej nya unik !

Takde main nama-nama seperti Kolej Melati ke, Kolej Angsana ke, Kolej Arjuna ke . Kat sini, nama-nama kolej dipetik daripada nama-nama tokoh ternama Islam. 

1. Mahallah Zainab Jahsyi            ( Kolej Perempuan )
2. Mahallah Khadijah                   ( Kolej Perempuan )
3. Mahallah Fatimah Az-Zahra     (Mahallah Perempuan )
4. Mahallah Aisyah                       ( Kolej Perempuan )
5. Mahallah Abu Bakar                 ( Kolej Lelaki )
6. Mahallah Umar Al-Khattab       ( Kolej Lelaki )

Tengok, Kolej perempuan lebih banyak daripada kolej lelaki. Ini bermakna kaum hawa memonopoli industri pendidikan. --'

Setahu aku, perkara yang paling utama seseorang tu akan dahulukan adalah Wi-Fi, kan? Jangan risau, aku pun macam tu jugak. It is common lah to all universities to provide Wi-Fi kepada student-student. Memang wajib ada. Cuma beza nya, laju atau lambat je.

Masa Semester 1 dapat bilik kat tingkat 1 tapi, Wi-Fi macam..kura-kura. Okey, sian kura-kura. Asal lambat je, manusia salahkan dia. Wi-Fi 1 per 5 Bar. Sangat 'bahagia'.  Tapi masa Sem 2, dapat bilik kat tingkat 3 tapi Wi-Fi nya Mantopppp. 

Okey, berbalik kepada Mahallah !

Setakat ni aku rasa Mahallah Zainab Jahsyi adalah yang TERBAIK berbanding mahallah2 yang lain. Ni penilaian aku bagi mahallah perempuan lah ya. Mahallah lelaki mana pernah masuk. Kalau mahallah lelaki, mampu sampai ke kafe je lah. Tak mampu pergi jauh-jauh ke dalam.

Kenapa aku kata Mahallah Zainab Jahsyi adalah yang TERBAIK ?

Well, dari segi

1. SEDAP MATA MEMANDANG ( 4 Bintang )
2. MAKANAN KAT KAFE MAHALLAH SEDAP ( 3.5 Bintang )
3. DEKAT DENGAN KELAS ( 4 Bintang )

SEDAP MATA MEMANDANG

Mahallah Zainab Jahsyi sebenarnya merupakan Mahallah yang paling bongsu. Jadi, segala hiasan dalamannya masih OKEY. Tandas nya pun managable. Not bad. Agak bersih. At least, masa tengah guna shower, kau takkan tengok beberapa ekor cacing keluar dari dinding. Pencahayaan pun elok. Masuk kawasan mahallah pun sentiasa cerah je. Kalau tak ada elektrik pun, masih boleh nampak siapa kat sebelah kita? Member kita atau ......?

Setahu aku, mahallah adalah fix. Means, kalau masa sem 1 kita dapat mahallah 'ni', sampai ke hujungle kita akan menginap di mahallah 'ni'. Melainkan kalau, kita sendiri apply untuk tukar Mahallah. Tetapi selalunya Pengurusan Mahallah akan mendahulukan penduduk asal Mahallah. Jarang-jarang ada orang dari mahallah lain, dapat berpindah ke mahallah lain. Unlike you get lucky chance ;)

MAKANAN KAT KAFE MAHALLAH SEDAP

Koje nak makan je ye? Setengah jam sebelum habis kelas dah fikir nanti nak beli lauk apa.
Bukan setakat sedap, murah .. (maybe). Sebenarnya nak kata murah tu, tengoklah jugak. Lain cashier, lain harga, kan? Kalau hari ni orang 'ni' jaga cashier, murah le sikit makanan nya. Kalau hari ni orang 'tu' jaga cashier, mahal le sikit kan makanannya. Tapi, kat kafe ni pilihan makanannya banyak. Ada roti canai. Malam-malam pulak ada makanan panas/goreng. Tengahari ada nasi dan pelbagai lauk. 

Selalunya average harga nasi campur adalah RM3-4. Tapi kalau tiba-tiba mahal, tengok sikit apa yang kita ambil. Kalau ambil nasi rupa macam ambil nasi kat kenduri, memang patut le mahal pun. Kalau ambil nasi, sayur, lauk..tapi mahal jugak? Ermm, "Mahalnya, kak." - laju je keluar perkataan ni mulut, pastu baru keluar duit. Tapi nak buat macam mana, memang mahal pun. Takkan nak diam je. Take my point, SEDAP.

DEKAT DENGAN KELAS

Setahu aku, Mahallah Jahsyi paling dekat dengan kelas. Kalau lambat siap pun, lambat tu takkan lambat sangat. Cuma kadang-kadang tu,.. apa? Oversleep? Satu bilik oversleep? Tengok jam. Allah! 8.50pagi. Kelas pukul 9. Lepas tu menyesal kenapa tidur lepas solat subuh tadi. Well, that's common. Aku tak cakap that's normal. But that's common. Oversleep pun, alih-alih sampai kelas dalam pukul 9.15 pagi. Lepas tu, dalam kelas, diam je. Kenapa? Bisik kat member sebelah...haven't take shower yet! Keh-keh-keh-keh. 

Pengalaman wei.

Rasa macam nak tergelak je bila fikir pergi kelas tak mandi? Tapi serius ke? Tak mandi wei. Jangan main-main. Sebenarnya tengok orang jugak.

KES-KES OVERSLEEP

1. Ada yang sanggup tak mandi sebab dia masih nak datang awal ke kelas.
2. Ada yang sanggup mandi dulu, iron baju dulu dan sampai kelas lambat.
3. Ada yang sanggup..erm, dah 8.50pagi, malaslah datang kelas. Sambung tidur balik.
4. Ada yang..8.50pagi, bangun pergi mandi tapi tak pergi kelas pun.

Well, just think which one you are.

Seingat aku lah kan, masa sekolah menengah dulu selalu tak sempat mandi pagi. Lagi-lagi budak asrama. Tambah pulak tiba-tiba hari tu terbangun lambat. Bangun tidur pukul 6.30 pagi, kena keluar asrama pukul 7.00. Mampu kau nak cover .. iron baju, solat subuh, mandi .. dalam masa 30 minit? Tambah pulak bila masuk shower, Allah .. kena beratur macam beli KFC. Masa tu lah kena fikir, agak-agaknya .. berkepam lah ye aku hari ni ke sekolah.

Aku tak rasa yang semua orang ada pengalaman macam ni. Pergi sekolah tak mandi pagi. 
Pengalaman wei. Ngehh, nak jijik-jijik pun, esok-esok kau kena, baru tahu apa tu pengalaman tak mandi pagi. Pastu nanti tersengih-sengih sorang-sorang bila kenangkan semula.

But the most common things we do eventhough tak sempat nak mandi pun, kita mestilah BRUSH OUR TEETH and WASH OUR FACE, right? Jangan nak jijik sangat. ;)

Enjoy :D








Langkah Kaki Kanan


Ecehhh, logo UIAM ;)


Assalamualaikum,

Kat blog ni, aku saja-saja nak tulis pengalaman aku sepanjang berada di UIAM untuk Asasi bidang Undang-Undang. Saja-saja? Memang takde kerja, kan? Sebenarnya tiba-tiba dapat akal nak cerita tentang UIA ni sebab sebelum nak masuk UIA hari tu, aku selalu search tentang Pengalaman-pengalaman orang yang dah masuk UIA. Biasalah tu kan, Takkanlah nak main redah je UIA kan? Kita kenalah  tahu serba-serbi tentang UIA dulu sebelum melangkah ke dalamnya. Jadi, aku terfikir..aku dah ada kat UIA, kenapa tak cerita je pengalaman aku supaya ianya boleh dijadikan sebagai rujukan orang lain?

Aku ambil bidang Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya.

UIA sebenarnya ada tiga kampus.

1. Petaling Jaya, Selangor
2. Gombak, Selangor
3. Gambang, Pahang

Untuk pengetahuan kepada yang bakal bergelar pelajar UIA,

Ketiga-tiga kampus ini menempatkan pelajar untuk ASASI tetapi tempat ASASI yang paling utama adalah Petaling Jaya, Selangor. UIAM, Gombak menyediakan tempat untuk pelajar ASASI tetapi hanya untuk sesetengah bidang sahaja seperti ENCOM (English Communication) dan ECON (Economic) dan lain-lain. Aku tak ingat sebenarnya --'

UIAM, Petaling Jaya menempatkan pelajar yang mengambil jurusan Arts dan Science seperti 

1. LAWS (LAWS )
2. BAHASA ARAB (BAR )
3. BAHASA INGGERIS (BEN )
4. ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE ( IRK )
5. TOURISM
6. ENGINEER ( ENGIN )
7. ARCHITECTURAL DESIGN ( AED )
8. SAINS HAYAT
9. SAINS FIZIKAL
10. KEMAHIRAN SAINS DAN BERSEKUTU

UIAM, Gambang menempatkan pelajar yang mengambil jurusan SAINS TULEN seperti

1. FARMASI
2. MEDIC
3. DENTAL
4. Mungkin ada yang lain, tapi aku tak berapa pasti.

Bagaimana pun, entri aku sebenarnya much likely fokus di UIAM, Petaling Jaya sebab aku belajar kat sini.  Jadi nak cerita apa-apa pengalaman pun senang.

Atas ni baru muqaddimah, kita proceed lebih lagi entri seterusnya. :)